Saturday, February 5, 2011

TUJUH CARA MENGATASI MASALAH KEKURANGAN WANG. (lets cekedout!!) :-)

1- MULAKAN DENGAN MENGUMPUL KEKAYAAN.

  •       setiap sepuluh wang yang kita dapat, sembilan daripadanya hendaklah disimpan
2- KAWAL PERBELANJAAN.

  • aturkan belanjawan mengikut pendapatanmu supaya kamu masih mempunyai wang untuk keperluanmu, untuk memenuhi keseronokanmu, dan memuaskan kehendakmu yang bermanfaat tanpa membelanjakan lebih daripada sembilan per sepuluh daripada pendapatanmu.
3- GANDAKAN WANG ANDA ITU

  • dengan melaburkan sejumlah wang yang akan bekerja untuk kita umpama sekawan kambing di padang yang akan membiak dan membantu memberi keuntungan, keuntungan ini kan mengalir berterusan untuk menambah hasil yang tetap.
4- KAWAL HARTAMU DARIPADA KEHILANGAN

  • peliharalah hartamu daripada hilang dengan hanya melabur dimana terdapat peluang yang selamat, dimana ia akan ditebus jika kita kehendaki, dan kamu tidak akan gagal mendapat pulangannya.
  • berurusanlah dengan orang yang bijak.
  • terima nasihatdaripada orang yang berpengalaman dan mengendalikan soal wang.
  • biarkan kebijaksanaan mereka melindungi harta kita daripada pelaburan yang tidak selamat.
5- CARI TEMAPAT YANG DAPAT MEMBERI PELABURAN YANG LUMAYAN.
  • sekiranya seseorang itu telah menetapkan sembilan bahagian daripada pendapatannya untuk kehidupan dan mendapat kenikmatan di dalam hidupnya , dan sekiranya terdapat mana-mana bahagian dalam sembilan bahagian tadi dijadikan pelaburan yang menguntungkan tanpa menjejaskan kesenangannya, dengan itu akan mempercepatkan pertambahan kepada hartanya.
  • bagi mereka yang memiliki rumah sendiri akan sentiasa dilimpahi rahmat dan dia dapat meringankan beban hidup, dapat menggunakan pendapatan mereka untuk perkara yang lebih penting dan memenuhi keinginan mereka.itulah dia penawar kelima untuk mengatasi masalah kekurangan wang : MILIKILAH RUMAH SENDIRI.
6- JAMINAN DI MASA HADAPAN
  • sediakan keperluan dimasa hadapan sebelum tiba hari tua untuk jaminan untuuk masa depan keluarga kamu.
7- TINGKATKAN KEUPAYAAN UNTUK MENABUNG.

0 comments: