Thursday, February 17, 2011

NABI DAN PARA SAHABAT DISEBUT DALAM KITAB TERDAHULU.

Wahab bin Munabbih pernah meriwayatkan bahawa Allah berfirman kepada Nabi Daud dalam kitab Zabur sebagai berikut, " Hai Daud, sesungguhnya kelak akan datang sesudahmu seorang nabi yang bernama Ahmad ( Muhammad ) seorang nabi yang jujur ( benar ), dan sebagai sayyid ( penghulu ),Aku tak akan marah kepadanya sedikit pun dan dia pun juga tak akan pernah membuat Aku marah sedikit pun, dan Aku telah ampunkan dia sebelum dia bermaksiat kepada-Ku dari segala dosanya yang terdahulu mahupun yang terkemudian, dan umatnya adalah umat yang dirahmati oleh Allah, Aku anugerahkan mereka amalan yang sunnat seperti yang aku berikan kepada para nabi dan Aku fardhukan kepada para nabi dan para rasul sampai mereka berjumpa dengan aku di hari kiamat." sedangkan sinar cahaya mereka itu seperti sinar cahaya para nabi. sampai pada firman-Nya : " Hai Daud,sesungguhnya aku muliakan muhammad dan ummatnya melebihi daripada sekalian ummat yang yang lain.". ( al bidayah jilid 2 hal, 326).

0 comments: